Wednesday, June 11

Jeritan akhir hayat Malaikat maut!!

Ibnu Abiddunya menceritakan dari Muhammad bin Kaad Al-Qurdhy dia berkata : Telah sampai berita kepadaku bahawa makhluk yang paling akhir sekali menemui kematian adalah malaikat maut.

Allah berfirman : Matilah engkau wahai malaikat maut.

Maka ketika itu juga malaikat maut memekik (dengan pekikan yang sangat kuat sekali)yang seandainya pekikan itu didengari  ahli langit dan bumi,nescaya mereka akan mati  kerana terkejut.Maka malaikat maut pun mati.Malaikat mautlah yang merasakan hebatnya kematian.


Ibnu Abiddunya menceritakan dari Ziyad : Aku telah membaca dalam beberapa kitab bahawa maut itu paling dirasakan sakitnya oleh malaikat maut melebihi makhluk-makhluk yang lain.

Sabarlah Wahai Hati

Aku lahir ke atas dunia dgn izinMu YaAllah
Lahirku saat Rasul dan sahabat tlah tiada
Para tabi’ tabiin juga tlah mninggalkanku
Zamanku adalah zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa
Aku terbit di tengah tengah masyarakat islam
Namun islam tiada lagi dlm hati dan hidup mereka
Namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat islam bersinar semula
Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka
Cuba sedaya upaya untuk menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini
Generasi seusiaku yang sakit
Lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu
Sibuk dengan cinta yang penuh noda
Aku takut aku lemah membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna
Namun aku sedar bahawa tugas besar  ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan yang sempurna
Kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa
Dan tugasku adalah berusaha
Gagal,jatuh,dicela,tak diterima itu perkara biasa
Aku terus berdoa agar aku ditetapkan hati
Bukan nilaian harta yang aku cari
Bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan yang baik dan mulia
Cukuplah redahaMu sebagai harga
Bantulah hambamu ini
Sedarkalah semula generasiku Ya Rabb
Bangunkanlah semula umat ini
Aku yakin islam pasti kembali dan aku takkan berhenti..

‘Katakanlah inilah jalanku,aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin,Maha Suci Allah,dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.’  (Yusuf:108)

Monday, June 9

[Luahan hati seorang Adam. Hawa, adakah kau mengerti?]

I got this story from facebook..Enjoy reading it!
'' SEBUAH HADIAH ''
Sedih cerita ni 
Aku pernah bagi hadiah kepada isteri aku masa birthday dia, first time aku celebrate lepas kami bersama 11 tahun lepas. Aku nak bagi hadiah, masa tu duit tak cukup, tebal muka aku minta duit kawan aku, pinjam. Kawan aku ni dulu anak orang senang. Kawan aku cakap, "Asal kau tak kumpul duit sendiri , tak reti simpan duit ape?" Aku cakaplah memang aku takda duit, dia siap cakap, "Kalau takda duit tak payahlah beli apa-apa". Aku pinjam juga, tebal muka.
Aku belikan dia bunga dengan jam tangan harga rm 40. Aku balut cantik-cantik aku bagi dekat dia, tapi dia macam tak hargai, dia cakap dia suka tapi aku tahu masa tu dia memang tak berapa berkenan.
Lepas tu aku masih bersama dia, sampai kami kahwin 2 tahun lepas tu. Aku Alhamdulillah, hidup senang dengan dia, kerja bagus, anak dah 2, dua-dua lelaki. Setiap hari jadi dia lepas tu aku bagi dia hadiah. Makin lama makin mahal, setaraf dengan gaji aku makin naik Alhamdulillah, makin dia suka. Aku boleh nampak. Aku happy, tapi aku masih sedih. Sebab sebenarnya hadiah paling ikhlas aku pernah bagi dia yang first time aku bagi tu. Sebab seumur hidup aku sebelum aku jumpa dia, aku tak pernah bagi orang hadiah hari jadi. Dia kali pertama, tapi aku sedih dengan reaksi dia masa tu. Tapi sebab aku sayangkan dia, aku pendam sampai sekarang. Lagi sedih, dia pun dah tak tahu mana dia letak jam yang aku bagi dia dulu.
Wanita di luar sana, betapa murahnya hadiah yang kami(lelaki) berikan, ketahuilah semua itu ikhlas.
Kawan aku yang bagi aku pinjam duit dulu tu, sekarang nak beli barang sekolah anak pun tak lepas, tapi aku bagi juga duit dekat dia, berapa dia nak aku bagi, aku sanggup tolong. Sebab dia pernah tolong aku dulu.
***
Ketahuilah, hadiah yang paling bermakna adalah yang paling ikhlas pemberiannya. Bukan pada harga mahal murahnya. :')
---------------------------------------------------------------------------------------
Aku orangnya kurang sabar,
penuh dengan kedegilan,
sukar mendengar kata.
Moga Tuhan berikan aku seseorang,
yang boleh sabar dengan karenahku,
boleh merawat kedegilanku,
boleh ajari aku mendengar kata.
Dia yang sentiasa sabar.
Dan mendidikku untuk bersabar :')
ALLAH merancang kita juga merancang tetapi perancangan ALLAH jauh lebih baik buat kita tidak di dunia di akhirat sana  moga ALLAH temukan kita dengan orang yang soleh solahah , amiin 

Thursday, June 5

♥Kenapa ibadah terasa berat?♥

Bila Allah memerintahkan kita untuk makan dan minum,mengapa kita melakukan dengan senang hati?Bila Allah memerintahkan untuk berkahwin,mengapa kita bersegara menyambutnya?Bila Allah memerintahkan untuk mencari harta dunia,mengapa kita kerjakan dengan bersemangat?Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu keperluan.. 
Ketika Allah memerintahkan kita untuk solat, mengapa kita menunda-nunda?Ketika Allah memerintahkan kita untuk berpuasa, mengapa enggan rasanya?Ketika Allah memerintahkan kita untuk membayar zakat, mengapa hati terasa berat?Ketika Allah memerintahkan kita untuk berjihad, mengapa kita merasa malas?Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu kewajipan.  
Mengapa kita membeza-bezakan?Bukankah semua itu sama-sama perintah Allah?Atau kerana kita hanya menuruti hawa nafsu kita?  
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” QS.Al Jatsiyah:18  
“Apakah engkau tidak perhatikan orang yang telah menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Apakah engkau akan dapat menjadi pelindungnya. Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi.” Qs. Al Furqan: 43-44). 


Andai kita dapat menjadikan ibadah menjadi suatu keperluan tentu semua akan terasa ringan. Akan hadir kerinduan untuk selalu melakukan kebaikan. Rindu untuk mengerjakannya solat, puasa, zakat, dakwah, jihad dan yang lainnya dengan sepenuh cinta.Sudahkan kita menjadikan ibadah menjadi keperluan, bukan hanya sebagai kewajipan...