Thursday, September 18

Ku Sangka Orang Gila

Assalamualaikum...ni ada satu ceqita nak share...sgt menyentoh hati...Actually aku baca ceqita ni lama dah,tapi tiba2 pula rsa nak share kt blog...ngee :3



Ku Sangka Orang Gila
......26 May 2011.....
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah. 

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?

Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...

Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..


Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt

Wednesday, September 17

Boleh ke lelaki dakwah kepada prempuan?

Salam a'laik...xtaw knpa rajin sgt nk update blog minggu ni :) hari ni nk sntuh sikit pasal DAKWAH...Boleh ke lelaki dakwah kepada perempuan?semuanya akn terjawab dgn post aku kali ni (amboiayat)...post ni aku ambik dari SINI..slamat mmbca uollss :)
--

"Bro.. kenapa kau marah sangat bila lelaki dakwah pada perempuan?" tegur kawan saya.
Saya menarik nafas panjang.
"Lelaki dakwah pada perempuan yang kami MARAH dan kami TEGUR supaya tinggalkan adalah dakwah bersifat fardhiyyah, atau dengan kata mudah,
dakwah bersifat PERIBADI atau kelompok kecil seperti usrah.
Sebab dah jelas lagi nyata beberapa masalah akan timbul,
1) Masalah ikhtilat.
2) Masalah hati.
3) Masalah susah nak jaga niat."
"Habis kalau ceramah ustaz azhar idrus tu salah la ea?" kawan saya cuba menduga.
Saya menepuk dahi.
"kan aku cakap tadi, yang bersifat peribadi dan kelompok kecil seperti usrah."
Kawan saya tersengih.
"Okay2 Bro.. boleh bagi contoh? Takut aku tak clear pula.." Kawan saya mengangkat kening.
"Hmm.. seperti seorang lelaki SMS atau whatsapp seorang perempuan dengan alasan nak kejut tahajud ke, atau nak kongsi ilmu ke, atau nak berbincang tentang ilmu agama ke secara berduaan..
Ataupun chatting dalam facebook sekalipun. Yang ni salah.. walaupun mesejnya berbunyi,
'ukhti, jangan lupa bangun tahajud nanti.. Doa sungguh2 ya.. Dan jangan lupa baca Quran..ukhuwwah fillah abadan abada '"
Pifft ! saya mendengus.
Kawan saya terkemam.
Kawan saya termenung panjang. Dan dia tanya semula.
"jadi macam mana nak dakwah kepada perempuan?" dia terpinga-pinga.
saya tersenyum. Saya tanya dia kembali,
"Dah habis dakwah kepada lelaki ke? Kat UKM ni semua lelaki dah jaga solat 5 waktu berjemaah? Semua lelaki dah jaga Quran? Semua lelaki dah ada usrah atau ikut gerakan Islam? Semua lelaki kat UKM ni dah hormat ibu bapa?"
saya kenyit mata padanya.
Kawan saya tersengih semula sambil mengangguk.

"betul juga.. Roomate aku pun subuh selalu gajah.. Tak habis lagi dakwah aku pada dia, dah sibuk-sibuk nak dakwah pada perempuan.. adoyai..." kawan saya menepuk dahi..

Tuesday, September 16

Apa tujuan aku solat selama nie?

SENTAP!

Most of us .
( tak kata semua )
We did perform the prayer.
Subuh, Zohor, Asar, Maghrib and Isya’.
Tapi hanya sekadar rutin harian saja .
A must-to-do list .
Sampai kadang2 kita solat laju2 kan?
Semata-mata nak kejar dunia..
”Nanti cerita running man hbis pulak”
”Nanti cerita Kuch Kuch Hota Hai habis pulak”
”Nanti cerita kerana terpaksa aku relakan habis pulak”
”Nanti novel tak habis bace pulak”
”Nanti masa studi aku sikit pulak”
Mcm2 nanti, kan?
Too many excuses.
Der~ Allah tak pernah bg excuse utk TAK bagi kite udara utk bernafas.
Have you ever think if Allah gives excuses in giving His oxygen to His slaves ?
All of us will certainly DIE. In a nick of time.
Solat kita takde penghayatan, takde kualiti, or in other words, should i say ”murah” ?
Yep. Cheap at His sight. Totally.
Tajdid niatmu semula, sahabat .
Kenapa kita solat?
Kerana manusia? Kerana kita ni muslim? Kerana nak cukupkan syarat kita ni beragama?
Firman Allah :
”Tidak aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku”
Ibadah.
Tujuan utama kita hidup di dunia ini. Dengan ibadah kita mencari redhaNya,
Tapi apa gunanya kita lakukan ibadah,
tapi bukan kerana Allah?
Kerana tuntutan agama semata.
Kerana pandangan manusia semata.
Adakah manusia yang akan nilai ibadah kita kat padang mahsyar nanti?
Disebabkan solat yg ‘lack of quality’ ni jugaklah.
You and me .
Kita btrusan lakukan sesuatu dosa.
Sebab solat yang kita buat tak dapat meresap dalam hati kita.
And thus , tak dapat nak cegah kita dari buat dosa dan kemungkaran.
Firman Allah:
sesungguhnya solat itu mencegah drpd ker0sakan dan kemungkaran.

Therefore, perform your prayer with a sincere heart from a slave towards his rabb.
I am n0 one to judge your sincerity.
Kerana ikhlas tu ibarat titik hitam pd batu yang hitam di malam yang gelap~
sdgkan malaikat and syaitan pun tak pernah tahu tntg keikhlasan kita.
Hanya Allah sahaja yg tahu tntg keikhlasan hati hamba2nya dalam amalan yg dilakukan nya.
Maka dgn itu.
Ikhlaskanlah hatimu dalam mengerjakan solat, dlm apa jua ibadah
solatlah dgn sempurna ye kwn2~
an advice exclusively for me and generally towards all my beloved family n friends


Monday, September 15

Cinta Allah didahulukan


Salam a'laik...mcm biasa aku klau jumpa bnda/post yg best2 ja msti rsa nk share...ni ha! ni yg kita mau..bru suwet :P yg ni aku kopi kt pesbuk ..selamat mmbca :) 

Pelajar : "Cikgu, saya ni form 5 baru. Tapi dah rasa nak couple. Cuba cikgu bagi tips yang TERINGKAS sekali supaya saya dapat pasangan yang terbaik. Sebab cikgutahu-tahulah kan, saya ni malas membaca. Hek hek hek."
.
Cikgu : "Baiklah. Satu, couple haram. Dua, katalah sekarang kamu sekarang di jalan gelap. Masih buat maksiat dan dosa. Saya cadangkan kamu berlari."
.
Pelajar : "Berlari apa pulak ni?"
.
Cikgu : "Saya cadangkan kamu berlari ke arah Allah selaju mungkin. Berlari keluar dari jalan takde lampu ke jalan yang ada lampu. Jalan bengkang-bengkok ke jalan lurus."
.
Pelajar: "Ah tak paham."
.
Cikgu : "Bayangkan. Kamu berlari ke arah Allah. Bakal jodoh kamu itu juga berlari ke arah Allah. Jalan lurus bercahaya, jalan yang benar itu satu sahaja. Kalau dua-dua berlari di jalan yang sama, akhirnya bertemu tak?"
.
Pelajar : "WAH!!"


#kejarlah cinta Allah sblom kjar cinta manusia 

Saturday, September 13

Ferrari..mahal tu!

Assalamualaikum…semalam tgok cerita DAI’ Pendakwah Milenia kt TV3…ada sorang daie ni dia ckp psal aurat…Jadi,aku pown rsa nk share sikit la psl aurat..Walaupun aku x byk ilmu mcm ulama kt luaq sna tapi x slah kn ;)

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Ahzab:59)

Pompuan dgn laki ni sgt berbeza…pompuan ibarat kereta Ferrari,laki pulak ibarat kreta kancil..Kereta mna yg susah nk jga?msti Ferrari kn?mcm tu la pompuan,pompuan ni sgt mhal sbb tu la Allah tetapkan aurat pompuan sluruh anggota bdan KECUALI muka n tpak tgn..sebab apa??sebab apa aurat pompuan byk sgt??sebab perempuan MAHAL!..Tapi knpa ramai sgt pompuan kt luaq sna slalu nk murahkan diri depa?knpa nk jdi kereta kancil??bukankah Ferrari lebih hebat?
Alahamdulillah sedar x sdar rmai artis yg dh mula pakai tdung..TAPI adakh tdung yg dipakai tu menutup aurat?kalau pakai tudung tpi baju melekat x dak guna!kalau pkai tudung tapi x tutup dada x dak guna!Baju mestilah longgar,x jarang,labuh n warna dia tu biasa2 dh la,takot nnty TABARRUJ plak…satu lgi kaki pown aurat taw…pakai la stoking,bukannya mahal pown,kalau handphone yg cnggih2 boleh beli,knpa stoking x boleh beli??murah je x smpai rm10 pown..
Satu lagi,sedar x sedar, dunia kita sudah terdedah dgn toleransi porno, mane tak nya, jual kereta pon nak kene ade tunjuk pompuan seksi ke? pntndingan motor berkuasa besar pon kene ade perempuan seksi ke? ape kaitan perempuan seksi dgn moto or kete?
dalam iklan sendiri pon ade jugak duk menunjukkan pompuan xbertudung ,duk berpegang tangan dan berpelukan(husnozzon dah kawen taw) macam biasa, haha ikut skrip kan. secara tak langsong porno versi ringan2 dah mula menular, xnak cakap porno yg versi berat.just nak cakap,. perempuan bukannya murah utk menjadi set pelaris barang jualan.

Ingat la pompuan sgt MAHAL,jga la aurat ok;)

"our women are too exclusive, to be hold, to be seen"