Tuesday, December 30

Subhanallah..Ya Allah,Engkau memang berkuasa

Subhanallah ! Meremang bulu roma bila baca :')
Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH...

Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan....
Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...
kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...
lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...
lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....
MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...
PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...
Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ..

Manfaatkan biah islamiah

Rugilah..
Rugilah korang belajar kat sekolah Islam (agama), kolej Islam, atau universiti Islam.. TETAPI korang tak amalkan Islam dengan betul..
Korang ada bi'ah (suasana) yang baik @ soleh, tetapi korang TAK NAK cari kawan yang soleh/solehah. Masih lagi nak keluar melepak sana sini, merokok, dan lain2..

Korang ada masjid yang gah dan aktif, tapi korang TAK pergi solat berjemaah serta tak pergi kuliah dan ceramah..
Korang ada macam2 program atau kempen Islamik, tapi korang masih TAK NAK tutup aurat dengan sempurna, tak jaga ikhtilat, malas baca al Quran, dan sebagainya..
Korang dekat dengan pensyarah, ustaz ustazah, alim ulama' yang mengajar kat tempat korang, tapi korang TAK MANFAATKAN pun mereka seperti minta nasihat, tanya pasal agama, minta ajar atau talaqqi kitab, dan sebagainya..
Walaupun korang adalah pelajar sains tulen, ekonomi, undang2, akaun, sains sosial dan BUKAN pelajar agama..
Tapi rugi la.. serius rugi..
Tak tahu la macam mana nak jawab depan Allah nanti kat padang Masyar kalau kena tanya tentang nikmat masa belajar di universiti/kolej/sekolah Islam..

Sunday, December 7

Indahnya Ukhuwah KeranaNya


Assalamualaikum..apa khabar?sihat?iman mcm mna hari ni?stabil??hehe..Hari ni berminat nak share pasal UKHUWAH..ngee :3 mcm common sgt kn tajuk ni..x pa la x sudi bca xpa :’(


UKHUWAH! Ramai antara kita apabila mndgr perkataan ini,akan trus terngiang-ngiang saat indah bersama sahabat,bersalam-salaman,berlaga-laga pipi..tmbh2 yg duduk asrma mcm aq ni,sembang sakan dgn kwan smpai lewat pgi hanya kerana ingin memahami dan menyelami perasaan dan hati budi masing2..mboi ayt..heh ==’ Peri pentingnya ukhuwah ini tidak dinafikan shingga AlQuran mengabdikannya di dlm Surah Al-Hujuraat.Maka takkanlah ukhuwah itu hanya berkisar di sekitar laga-laga pipi,ucapan “Ana uhibbuki fillah” dan bunga-bungaan dandelion dan daffodil semata?? Ish,,x mungkin!


Ukhuwah itu bukan sekadar perhubungan biasa antara dua insan..Ia bukan sekadar persahabatn.Apatah lagi bila ditambah prktaan ‘fillah’ selepasnya..UKHUWAH FILLAH..FILLAH,kerana Allah! That’s means prshabatan yg terjalin xdak sbb lain melainkan utk sma2 mncri keredhaanNya.Ya,ukhuwah fillah itu amat bsar nilainya dan mahal harganya.Dan kerana ia hanya boleh dirasai oleh org2 yg beriman,maka UKHUWAH ITU PASTI AKAN DIUJI.Kalau tgok balik,org tu rapat mcm mna pown dgn kwan dy,bhong sgt klau xprnah ada prselisihan fham atau prkataan yg lebih sng nak faham gaduh la..Bersedialah,sbb seindah-indah ukhuwah itu pasti akn diuji..Sbb apa?Sebab Allah nak uji benarkah kita berukhuwah keranaNya?Maka belajarlah utk brkorban.Hanya dgn pngorbanan setulus hati dan seikhlas nurani,akan terbina asas2 ukhuwah yg kukuh dan tidak bisa dirobohkan…

Bagi kita yg berjaya,bergembiralah,krna ukhuwah yg sudah trsedia nikmat dan lazat akn brtmbh manis dan sdap rasanya.Namun bgi kita yg gagal,muhasabahlah diri sebaiknya dan mulakan binaan prsahabatan yg baru dgn asas yg benar dan jitu.



“Belajarlah untuk mencintai sebelum dicintai.Belajarlah untuk memberi sebelum menerima.Belajarlah untuk mempercayai sebelum dipercayai.Belajarlah untuk mendengar sebelum didengari.Dan belajarlah untuk berkongsi sebelum mengharapkan orang lain berkongsi.”


----------
INDAHNYA UKHUWAH KERANANYA

Saturday, December 6

Sabar Dalam Setiap Ujian Yang Melanda

Tadi terbaca satu cerita ni kt facebook..agak mnarik,lagi menarik klau dikongsi kn?! cehy,bajet mcm ada org nk baca ==' xpalah..SAHAM AKHIRAT...moh le kita baca!

[Sangka Baik dengan Allah]
“Argh serabutnya”
Afiq menyebamkan mukanya ke bantal.
“Kenapa mesti aku yang kena lalui semua ni?”
Dia mengangkat kembali mukanya. Mukanya jelas menunjukkan keserabutan yang amat dasyat.
“Aku tak kuat dah. Sampai bila aku nak terus terseksa macam ni?” bisik hatinya.
Afiq runsing. Mana nak fikir soal pelajaran , soal keluarganya dan soal hatinya yang sentiasa resah dengan masalah yang sama! Dia dah cukup penat. Cukup lelah dengan semua ni. Dia nak hidup bahagia macam orang lain. Dia dah tak larat dah.Dia dah puas sabar.
“Kau kenapa Afiq?Aku tengok daripada semalam lagi muka kau serabut macam tu?” soal roomatenya, Aidil.
“Entah. Aku rasa macam down gila sekarang. Aku rasa nak jerit sekuat hati.” Balas Afiq.
Aidil hanya menggelengkan kepala melihat sahabatnya itu.
“Meh cerita dekat aku masalah kau. Kot aku boleh tolong?”
Aidil cuba untuk menenangkan sahabatnya. Gerun jugak kalau Afiq akan bertindak di luar batasan dek kerana tekanan yang melampau. Eheh.
“Kakak aku call semalam, dia cakap yang mak ayah aku nak bercerai. Dan reason dia sebab ayah aku nak kahwin lain. Seriously aku tak paham macam mana ayah aku boleh 
senekad tu. Takkan dia tak pikir kitaorang adik beradik? Keluh Afiq.
“Kau tau kenapa aku stay hostel even rumah aku dekat? Sebab aku dah tak tahan tengok mak ayah aku gaduh setiap hari. Tapi, aku tak sangka sampai bercerai. Aku serabut Aidil. Aku rak sanggup tengok keluarga aku porak peranda macam ni”. Sambung Afiq lagi.
Aidil hanya tekun mendengar. Dia turut simpati dengan Afiq.
“Dengan exam yang dah nak dekat. Aku tak boleh nak fokus dah. Aku dah serabut.Kenapa hidup aku tak pernah nak bahagia? Aku cemburu tengok orang lain yang boleh gurau senda dengan mak ayah dieorang. Aku nak jugak hidup bahagia. Tuhan tak sayang aku agaknya. Sebab tu aku selalu menderita.’ Luah Afiq
“Istighfar Afiq. Kau dah sangka buruk dengan Allah. Allah uji hamba dia bersebab Afiq. Dia tak uji kau saja-saja. Ada hikmah dia Afiq” tegur Aidil
“Apa hikmah dia? Aku dah cukup penat dengan ujian ni. Aku sentiasa tunggu supaya Allah makbulkan doa aku. Aku tak mintak lebih Dil, aku cuma nak hidup bahagia dengan family aku. Tu je. Tapi, kau tengok, doa aku tak termakbul! Malah, lebih parah lagi.” Sambung Afiq.
“Ada sebab kenapa Allah bagi kau dengan keluarga dugaan macam ni. Orang yang selalu kena uji ni, untung kau tahu?” sambung Aidil lagi.
“Apa yang untungnya? Kau nak perli aku ke apa?” soal Afiq tak puas hati.
“Eh apa pulak cakap macam tu. Allah uji sebab sayang Afiq.” Kata Aidil.
“Maksud kau?”soal Afiq
“Dia rindu nak dengar rintihan doa kau. Dia nak kau sujud kembali. Kau ada cakap Allah tak makbulkan doa kau kan? Pernah tak kau terfikir sebab apa?” tanya Aidil
“Entah. Aku cuma rasa yang Allah tak sayang aku”
“Haih Afiq, kadang-kadang benda ni punca daripada diri kita jugak. Kau rasa kau dah betul-betul taat dengan perintah Dia? “ tanya Aidil
Afiq berfikir sejenak. Ya, dia mengaku solatnya tak pernah cukup lima waktu sehari. Tapi at least dia solat jugak apa. Kalau terbabas subuh tu biasalah kan? Ke tak?
“Aku solat jugak apa even tak penah penuh lima waktu dalam sehari’, kata Afiq
“See? Perintah Dia yang paling utama pun kau tak mampu nak penuhi, dan sekarang kau bajet doa kau nak dimakbulkan?’tegur Aidil.
Aidil tahu, dia perlu menegur sahabatnya ini. Walaupun dia tahu Afiq tengah stress dengan masalah, tapi dia perlu menyedarkan Afiq hakikat yang sebenar.
“Errr” terkedu Afiq dengan tembakan ayat Aidil kepadanya.
“Afiq, aku bukannya apa. Aku tanak tengok kau terus tenggelam dengan masalah ni. Dah berapa hari dah aku tengok, kerja kau cuma baring je atas tilam tu. Dengan 
assignmentnya kemana. Kau kena kuat Afiq. Kau kena kuat demi mak dengan adik beradik kau.” Sambung Aidil.
“Aku taktahu. Aku buntu. Aku banyak dosa Aidil. Sebab tu hidup aku tak tenteram.” Luah Afiq
“Takpa Afiq, jangan putus asa. Rahmat Allah tu luas. Mungkin ini yang terbaik untuk keluarga kau. Btw, aku ada hadiah nak bagi kat kau.” Kata Aidil
“Hadiah apa?” tanya Afiq dengan kening yang berkerut. Hadiah apa lah pulak Aidil ni.
“Err disebabkan suara aku tak sedap, kau dengar teruslah lagu ni daripada mp3 aku. Aku ingatkan nak nyanyikan ja untuk kau tapi haihh risau pulak kalau kau muntah. Hahaha!” 
jawab Aidil
Afiq tergelak kecil. Macam-macam lah sahabat dia sorang nih.
“Okay. Kau nak suruh aku dengar lagu apa ni?” tanya Afiq.
Aidil lega melihat Afiq sudah mampu ceria kembali. Dia turut bahagia
“Kejap aku carikan untuk kau.Haaa jumpa dah! Kau dengar lah dulu. Aku nak keluar kejap. Ada hal sikit. Sorry ah weh ” Kata Aidil.
“Haa takpa. Kau settle kan lah dulu urusan kau. Nanti mp3 ni aku bagi balik kat kau. Thanks weh”. kata Afiq.
“Okay bro. Takde hal lah. Aku ciao dulu. Assalamualaikum!”laung Aidil
“Waalaikumussalam.”
Afiq mengerling sekilas tajuk lagu tersebut.
‘Rahmat ujian’.
Eh lagu apa ni? Macam lagu nasyid. Lupa pulak, Aidil kan memang stok budak nasyid. Segera Afiq menekan play pada lagu tersebut.
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Betul. Takda sapa yang nak hidup sengsara.
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandangmempunyai berbagai tafsiran.
Semua orang boleh cakap sabar, tapi yang rasanya aku. Orang lain takkan paham.
Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Allah, sepatutnya aku kena redha. Bukan mengeluh macam ni.
Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian melanda
Itu jelas membuktikan Allah mengasihi mu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan.
“Allah uji sebab sayang’, terngiang kembali ayat Aidil tadi. Ya, kau kena bersyukur Afiq.
Hanya yang terpilih sahaja
Antara nerjuta yang mendapat rahmatnya
Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
Allah, lalainya aku dalam mengerjakan perintah –Mu. Betul lah apa yang Aidil cakap, ada hikmah kenapa aku diuji. Supaya aku kembali sujud. Sujud pada Yang Maha Esa.
“Allahurabbi, maafkan hambaMu yang hina ini” air matanya mengalir perlahan.

Friday, December 5

Surat dari Zulaikha

Ok..skali lg aq ciplak Muhammad Rusydi pnya coretan..ngee,,minx maap la ye...kita share2 la ye dgn smua org..lg rmai bca lg byk phala msok..sory la xdak idea lg...ok yg tu ja..SELAMAT MEMBACA!



Salam.
Abang, ni Ika.
Ika dah baca warkah yang abang coretkan pada Kak Mah isteri abang tu. Dah viral sampai ramai marah-marah abang. Ika juga tempias makian orang ramai. Sedih.
Abang,
Dah hampir 6 tahun kita bersama. Bersama dalam keadaan yang tidak sah.
Ika sedar tu. Bukan Ika tidak mahu jadi isteri kedua abang, tapi Ika selalu fikirkan perasaan Kak Mah. Anak-anak abang. Tak nak dia terluka sebenarnya. Abang pun selalu cerita yang dia baik. Dalam masa yang sama, Ika jatuh sayang dekat abang. Sebab sangka abang matang, berpengalaman dan osem. Sebab abang baik, caring dan kata-kata abang cukup manis. Menyebabkan Ika tak mampu jauh dari abang. Abang pun tak kedekut, selalu tolong Ika bila dalam kesusahan. Waktu Ika down. Waktu Ika tak ada duit.
Benarlah cinta itu buta.
Tapi, dalam tempoh 6 tahun itu juga, Ika tak sangka abang tak pernah cuba berterus-terang pada isteri abang. Ika lebih terkejut baca surat tu, rupa-rupanya abang cuma lempiaskan nafsu abang pada Ika. Cuma tertarik pada tubuh badan Ika. Ika rasa terhina. Ika sangka abang jujur dalam perhubungan. Tapi, rupa-rupanya, dusta semata. Nafsu serakah semata-mata.
Ika bukan GRO. Status Ika sebagai janda bukanlah lesen untuk abang jadi seperti lelaki lain yang melihat golongan janda seperti penggoda dan perosak rumah tangga orang.
Cinta Ika dipermainkan! Takkan abang tak nampak cinta yang membara dalam mata Ika selama ni? Atau abang cuma nampak lekuk tubuh badan Ika? Jijik pandangan abang tu. Sangat jijik! Malahan, setiap bait kata abang pada isteri abang tu juga betul-betul menghina golongan wanita, golongan ibu. Nampak seperti ayat penuh bunga, padahal ditusukkan duri-duri bisa semata. Ika mengerti hati isteri abang yang remuk teruk sebab Ika pun seorang wanita!
Ika menangis bengkak mata lepas baca tinta abang tu. Sedih. Rasa diri sangat teruk. Rasa diri sangat berdosa. Selama ini, hanyut dengan abang dalam noda. Timbul dalam diri Ika, mahu belek Al-Quran. Tapi, saat Ika sentuh Al-Quran, Ika rasa seperti tak layak nak pegang kalamullah yang suci ni. Sebab, Ika rasa diri Ika kotor!
Ika belek buku agama pula. Cari berkenaan selingkuh dan zina. Ya Allah! Ika khilaf. Ika hanyut kerana cinta semu. Cinta palsu. Dosa bersekedudukan, berzina dengan suami orang lebih besar dari berzina dengan orang bujang. Andai hudud dilaksanakan di dalam negara saat ini, sudah pasti Ika sudah mati direjam, abang pun mati sama!
Ika baca tentang zina. Dalam kitab agama tulis, zina buat agama seseorang jadi lemah, bunuh rasa malu diri, hilangkan keceriaan wajah – jadi kusam kelam, hilang cahaya dari hati, mengakibatkan kemiskinan bagi pelakunya dan banyak lagi. Ya Allah. Itu di dunia. Di akhirat, dapat neraka!
Tapi, Ika betul-betul tersentuh dengan kasih sayang Allah. Dalam Al-Quran dan hadis-hadis yang Ika baca, Allah masih bukakan pintu taubat seluas-luasnya. Taubat nasuha saja caranya.
Belek lagi buku agama. Menitis air mata Ika baca firman Allah, Surah Al-Furqaan ayat 68-71:
“68. Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya),
69. (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina,
70. kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
71. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.”
Abang,
Walaupun abang dah buat keputusan tinggalkan Ika, Ika nak abang buat keputusan untuk taubat juga. Tinggalkan bukanlah solusi. Berubah sepenuhnya dan insaf serta tidak mengulangi lagi. Itu yang utama.
Yang lebih penting, abang tolonglah jangan lihat lagi pada kecantikan luaran wanita. Abang pun tidak lagi muda. Luaran abang juga makin pudar. Makin lama, makin tua. Di sebalik kulit luaran ni, cuma daging dan belulang yang hodoh di mata.
Hargai isteri yang sentiasa setia di sisi. Terfikir jua Ika, andai pada isteri abang pun sanggup dicurangi sedemikian rupa, mana tahu suatu hari bila Ika sudah tidak bergetah lagi, Ika pula dikhianati.
Abang sebenarnya masih tidak matang walaupun berpengalaman. Tak matang kerana walaupun telah lama bersama isteri, masih tidak berani meluahkan rasa dan keinginan yang sebenar. Isteri abang boleh jadi cantik seperti permaisuri jika abang yang jaga dia sepenuh hati. Isteri adalah acuan suami. Taat kemahuan suami. Abang nak dia jadi cantik macam model sekalipun, boleh. Masih tak dapat tolerate dengan isteri sendiri. Macam isteri tu batu yang tak boleh dibuat bicara or bawa berbincang!
Tapi akhirnya, abang permaisurikan nafsu abang, bukan isteri tersayang!
Abang boleh buang Ika macam sampah, tapi tolong jangan ulang lagi kesilapan sama. Jangan cari Ika. Ika takkan kembali semula pada abang. Kalau kembali baik, bukan taubat nasuha namanya. Segala kata-kata abang sekarang dah tak bererti lagi pada Ika. Hanyut bersama duka lara.
Menyesallah sekarang. Jangan menyesal kerana takut kehilangan isteri tercinta. Tapi, kerana takut pada azab Dia.
Akhir sekali, Ika terfikir.
Andai si buta boleh bercinta setulus hati tanpa melihat, kenapa abang yang ada mata tidak begitu?
Cinta tu rasa dalam hati. Allah yang beri. Supaya cinta itu kerana Ilahi.
Andai abang memahami.
Oh. Ika lupa. Abang memang takkan faham erti cinta. Erti setia.
Sebab abang cuma pencinta ketulan-ketulan daging di tubuh manusia.
Yang mencari jalan pulang,


— Zulaikha

Wednesday, December 3

Aku Pomen

Kisah kali ni aku copy ja kat facebook Muhammad Rusydi..kenal x?xkenal maka....TAARUF! ceyh aku pown x kenal sapa..but most of his post are very nice n i like to share it..Kisah benar ini diceritakan kepada penulis Muhammad Rusydi oleh si sepupu pomen itu sendiri. Moga ada manfaat kepada kita semua.


"Kau okay ke?"

Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut,

"Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah.

Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang-kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari. Fikiran entah ke mana.

Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain."

Aku terkejut.

"Biar betul? Kan dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang-senang saja dia tinggalkan kau."

"Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni."

Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.

"Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama.

Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan-kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis padanya. Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik tubuh badannya. Aku suruh dia bersabar. Jangan peduli kata orang. Bagi dia kata-kata semangat. Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada selalu sayangi dirinya. Sekurang-kurangnya dia ada aku.

Lama-lama, aku rasa tercabar. Aku niat nak transform dia jadi macam wanita lain juga. Cantik macam orang lain. Dari saat tu, aku kerja rajin-rajin siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen. Untung kadang-kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan geng-geng datang repair, tak bolehlah nak caj banyak. Harga sedara-mara je lah. Akhirnya, selepas 3 bulan bertungkus lumus, dah macam orang minyak dah siang malam tangan dan muka penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku.

Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos untuk gym dan lain-lain.

Aku buat semua ni sebab aku sayang. Aku taknak dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy, aku pun happy.

Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model. Cantik sangat. Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, yang mengutuk tiada lagi, diganti dengan pujian. Dia pun tambah sayang dekat aku. Kemudian, kitorang bertunang.

Masa bertunang, aku kerja makin rajin. Aku nak beli kereta untuk dia. Wira je pun. Senang dia nak pergi kerja. Awal tahun ni, aku pun berjaya belikan kereta. Atas nama dia. Second hand je pun. Tapi, aku dah repair semua macam baru. Modified full set.

Tapi minggu lepas, dia datang ke bengkel aku. Betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak putus. Dia pulangkan balik cincin tunang.

Aku merayu dia semampu hati. Tapi, lagi mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian. Dia datang dengan teman lelaki baru. Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku terajang lelaki tu. Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last2, aku gak yang dimaki perempuan tu. Aku gak yang disalahkan."

Dia dah menitiskan air mata lelakinya. Aku cuba menenangkannya. Tapi, dia menyambung kata,

"Minggu ni, aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi. Buat apa kereta tu lagi, dah ada kereta yang lagi mewah, kan? Dia tak nak bagi. Dia kata, kereta tu atas nama dia. Dia maki aku mengungkit jasa dan pengorbanan. Dia maki hamun aku cukup-cukup.

Dia lupa ke, selama ni aku yang berdiri di belakang dia support segala-galanya? Lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk dia?"

Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia boleh berubah 360 darjah sekelip mata.

"Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam aku, tak perlulah kau berkorban harta dan segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri kau. Pesanlah pada semua baik laki atau perempuan. Jangan kerana sayang, segalanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk awek atau pakwe. Manusia masa susah, cari kita. Bila senang, tinggalkan kita.

Aku pun terfikir, kenapa aku tak berhabis untuk masjid ke, untuk agama ke. Untuk Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Untuk Allah yang lebih patut aku cinta, aku tak buat begitu pula. Tapi, untuk orang yang aku cinta, sebaliknya. Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku ingat balik dekat Dia. Malunya aku. Alhamdulillah. Aku reda segalanya walaupun hati aku sedih."

Aku pun sebak dengar ceritanya.

Dua tahun kemudian, Allah hadirkan pengganti padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah, dia akan datangkan yang lebih baik. Lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersama. Dah kahwin pun akhirnya. Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah. Kita saja yang selalu salah buat pilihan.

--MOGA BERMANFAAT--